Dalia Grybauskaitė
Dalia Grybauskaitė

Dalia Grybauskaitė

Dalia Grybauskaitė (IPA: [daˈljɛ griːbausˈkaiteː]) (lahir 1 Mac 1956) ialah seorang ahli politik Lithuania yang bakal menyandang jawatan Presiden negara tersebut, di samping berkhidmat selaku Pesuruhjaya Perancangan Kewangan dan Belanjawan Eropah. Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai menteri kewangan. Grybauskaitė pernah menulis dalam autobiografinya bahawa dirinya pernah bercita-cita menjadi presiden wanita pertama semenjak kecil lagi.